1mfuture

Anwar Tanam Tebu Di Bibir Bukan Melayu

In Anwar Ibrahim on July 3, 2010 at 6:19 pm

Kalaulah negeri Selangor satu – satunya negeri pentadbiran Parti Keadilan Rakyat pun tidak ada jawatan Timbalan Menteri Besar kepada Cina boleh atau tidak lagi masyarakat Cina mempercayainya untuk jawatan Timblan Perdana Menteri. Nak bagi Timbalan Menteri Besar pun susah dikota janji mereka ini hendak janjikan bulan dan bintang termasuk matahari sekali untuk jawatan TPM ?

Kalaulah dalam Parti Keadilan Rakyat sendiri Timbalan Pengerusi pun jawatannya dipegang oleh Melayu boleh atau tidak janjinya kepada masyarakat Cina ? Orang Cina dalam partinya sendiri pun tidak diangkap nak kita harapkan Anwar angkat orang Cina dari luar ?

Kalaulah benar pun Anwar benar – benar bagi Cina jadi TPM. Maka Anwar sering berkata saya Bapa kepada Melayu , Cina dan India. India nak bagi jawatan apa ? Kalaulah bagi India dan Cina sekalipun. Anwar hendak mengurangkan kuasa politik orang Melayu ke? Kalaulah katanya ada 3 orang timbalan. Tak hiprokrit ke bila mereka persoalkan bilangan size kabinet menteri di Malaysia yang terlalu banyak. Ini lebih teruk. Saiz TPM lagi banyak.

Dalam partinya sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat Ketua Perhubungan Negeri 100% Melayu , Setiausaha Perhubungan Negeri 100% Melayu , dan bahkan Timbalan Pengerusi 1 90% adalah Melayu.

Buktinya di dalam laman web mereka sendiri di Parti Keadilan Rakyat

Khalid Ibrahim yang dipercayai umum sebagai pejuang bukan Melayu yang baik juga disingkirkan olehnya baru – baru ini. Undi bukan Melayu hanya diperalatkan oleh Anwar demi mencapai cita – citanya semata – mata.

Termakan tebu di bibir tidak apa. Tidak memudaratkan. Tapi janganlah sampai satu tahap termakan pula racun di bibir.

Advertisements

Harapan Palsu PAS – Bukan Islam

In PAS on July 3, 2010 at 6:10 pm

PAS sudah mula hendak membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket mereka. Peliknya bukan Islam tiada hak delegasi dan mengundi dalam PAS. Keadaan ini seolah – olah hadiahkan sebuah kereta Ferari kepada bukan Islam tetapi mereka tidak dibenarkan untuk memandu. Hanya sekadar hiasan.

Perebutan kerusi dengan PKR dan DAP akan menjadi lebih sengit. Adakah keterbukaan ini hanyalah untuk mendapat pertambahan bilangan kerusi semata – mata?

Jika tidak berani ke letak bukan Melayu dan Islam menentang majoriti kawasan UMNO yang majoritinya Melayu dan Islam?

Cina. Teruslah undi Pakatan Rakyat. Setiap undi anda adalah kepada PAS. Jangan – jangan nanti PAS bersetuju dengan cadangan Anwar untuk bagi Cina memegang jawatan TPM tapi tak ada hak mengundi di Malaysia. Teruslah mengundi Pakatan jika suka sangat hendak kereta Ferari itu yang tidak boleh dipandu.

Ferari

Pakatan Rakyat = Satu Isreal

In Pakatan Rakyat on July 3, 2010 at 6:03 pm

Pakatan Rakyat = Satu Isreal

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri. Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

Rumusannya konsep 1 Israel adalah gabungan , kerjasama dan pakatan 3 buah parti politik demi tujuan pilihan raya di Israel. Kebetulannya Pakatan Rakyat juga terdiri daripada 3 buah parti yang bergabung , bekerjasama dan berpakat demi tujuan pilihan raya dan politik.

1 Malaysia adalah Perpaduan Kaum dan bukannya Perpaduan Parti Politik

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS , DAP dan PKR adalah Perpaduan Parti Politik.